Friday, May 23, 2014

Cita cita vs Mak Ayah

Assalamualaikum wbt

Angan angan dan impian selalu datang. Kalau ikut hati semua pun nak buat. Tapi sejauh mana kemampuan dan usaha kita ke arah itu. 

Letak lah semampu usaha dan keyakinan dalam hati sendiri. Cepat atau lambat InsyaAllah selagi itu rezeki kita, ia akan jadi milik kita. Kejar la angan angan anda sejauh mana pun. Selama mana pun. 

Tapi satu perkara jangan lupa. Mak ayah kita. Tanpa mereka kita bukan siapa siapa. Jangan lupa setiap pengorbanan mereka. Jangan lupa doakan mereka dalam setiap solat kita. Tanpa doa mereka, tanpa susah payah mereka kita mungkin tak sampai pun kat mana kita ada hari ini. 

Semua mak ayah nak tengok anak anak mereka berjaya, berjaya dunia akhirat. Mereka dah bagi segala galanya dalam hidup mereka sehingga tak ada satu pun yang tertinggal, semata mata demi kita yang kadang kadang tak ingat pun nak tanya khabar berita diorang. 

Kita sebagai anak, sematkanlah dalam hati dan akal serta jiwa. Mereka ini terlalu banyak jasanya kepada kita. Usahalah supaya tak luka kan perasaan mereka. 






Nurul Sheila
22/05/14
Mood :: Sangat rindu 

Thursday, May 22, 2014

Faktor tolak dan faktor tarik

Assalamualaikum wbt

Bahasa inggeris nya ialah push factor and pull factor. Mula mula jumpa term ni dulu masa belajar. Subject management tak salah nya. Tapi saya hari ini tak mau la bagi definisi dari sisi subject tadi. Kalau tanya encik google lagi macam macam maksud ada. 

Pagi pagi lagi sampai ofis terasa macam ada motivasi sikit. Seronok nya rasa. Memang best perasaan ni. Duduk je kat meja terus congak congak dalam kepala apa yang kena setel dulu. Memang hari hari pun sebelum balik dan sebelum sampai ofis akan fikir nak buat yang mana satu dulu. Tapi hari ini lain. Ada semangat dalam diri yang bisik bisik dalam hati! Hopefully tiap tiap hari pun macam ni. 

Positif kan diri memang penting. Dari minda yang positif akan dapat memotivasi kan diri untuk capai matlamat kita. Tak kisah lah matlamat untuk hari tu je ke atau pun jangka panjang. Letak kan matlamat kita supaya ia akan jadi faktor tolak dan tarik pada kita. Satu lagi plan dan usaha kena ada jugak. Matlamat je ada tapi duk je kat situ payah jugak la.






Nurul Sheila
20/05/2014 
Kita yang pilih siapa kita hari ini. 





Tuesday, May 20, 2014

Redha dan Sabar

Assalamualaikum wbt 

Nampak senang. Tapi tuan punya badan yang rasa je yang tau betapa susah nak redha lagi pasrah dan sabar. Dua perkara ni memerlukan latihan dan praktikal yang panjang sebenarnya. 

Macam saya sendiri. Kalau dulu bukan main la cepat melenting. Cakap saja apa nak cakap. Memang tak fikir perasaan orang. Sekarang ni lebih cuba untuk susun ayat baik baik walaupun nak marah jugak kadang kadang. Kalau dah tak tahan sangat nak marah, cuba cuba diam kan diri. Kalau tak boleh jugak menangis dan tidur dulu lah jadi jalan penyelesaian. 

Benda benda yang baik ini memang susah nak lekat dalam diri kita lagi lagi kalau dah terbiasa dengan perangai yang tak berapa elok. Paling tidak pun cuba la usaha. Cara saya, saya akan kongsi dengan kawan kawan saya yang saya percaya dan boleh bagi bagi pendapat yang positif belaka. Syukur lah diorang tak jemu nak dengar.  Diorang memang positif. Tapi ada saja perkara yang kita memang tak mampu nak share dengan sesiapa pun. Jadi simpan je lah dalam hati. Mohon kekuatan dari yang Maha Kuat sahaja. 

Pada saya, banyak benda yang mempengaruhi keadaan kita untuk berubah. Pengalaman hidup dan dengan siapa kita bergaul antara faktor la sebenarnya. Ini pada pendapat saya saja. Nak kata pengalaman banyak, memang tidaklah. Tapi mungkin dengan orang-orang sekeliling saya dan di mana saya ada pada waktu itu dan macam mana kita handle situasi banyak memberi kesan kepada saya. Yang penting redha dan sabar ni dapat memberi ketenangan hati. Walaupun ambil masa yang lama untuk redha kan hati sendiri. 




Nurul Sheila 
Masa dan waktu akan pulihkan semuanya. 




Monday, May 19, 2014

Faktor X

Assalamualaikum wbt

Terfikir kan hal ni dah lama dulu. Sejak diri belajar nak berubah. Nak tengok tahap diri kita di mana, kita tengok orang sekeliling kita. Kita cuba tengok orang yang lebih berjaya dan mulia dari kita. Tak kira la dari segi apa pun. Tapi tengok sisi sisi yang baik lah kan. Malang nya manusia ni lebih senang nak tengok tilik benda benda yang tak baik dulu dari yang baik.

Perkara ni lah yang saya cuba terapkan dalam diri. Jumpa orang untuk kali pertama, terutamanya dalam suasana jumpa orang baru. Macam belajar ke ataupun dunia pekerjaan. Banyak orang baru yang kita jumpa. Jadi saya sangat sangat la mencuba mencari sisi positif dalam semua manusia yang saya jumpa. Kalau tak jumpa pun lebih baik diam, simpan je dalam hati dulu. Mana tau satu hari nampak jugak yang positif nya.

Saya?? Macam kekok je..macam pelik je

Kejadian ni masa sekolah asrama dulu, kat tempat iron baju menghadap hutan belantara belakang aspuri. Pendek kan cerita lah kan sebab dah tak ingat dah punca topik ni terjadi. Dia ni kalau bersembang ngan kawan kawan memang tak pernah pakai ''aku'', ''engkau'', ''ko''. ''Gua'', ''bro'', ''lu'' lagi lah tidak. Dia akan pakai ''kita'' dan ''awak'' sahaja. Mak ayah dia ajar macam tu. Saya tak la nak maksud kan mak ayah orang lain tak ajar. Tapi apa yang saya cuba sampai kan setiap orang yang kita jumpa atau kenal tak kira la dalam tempoh yang lama atau singkat diorang ni memang ada beri kesan kepada kita. Setiap orang ada faktor x. Okay X Factor. Lebih mudah faham rasanya.


Mungkin ada yang rasa faktor x tak sesuai sangat untuk hal kecil macam ni. Tapi betul, dari pengalaman saya yang tak banyak ni ada sisi sisi positif mereka yang saya suka dan agak mempengaruhi. Untung lah anda kerana berjaya menjadi pengaruh yang baik untuk orang sekeliling walaupun di luar pengetahuan sendiri.






Nurul Sheila

Jangan terlalu nampak kebaikan seseorang sampai tak nampak mana silapnya
Jangan hanya nampak keburukan sampai tak mampu nak cari mana baiknya.













Sunday, May 18, 2014

Proses Kehidupan

Assalamualaikum wbt

Entri kedua hari ni..excited lebih..baru reti nak berblog. Entri ni masih dalam bab mengenali penulis la sebenarnya. Saya masih mencari kekuatan untuk meneruskan fakta seterusnya ni.


Aku yang dulu: 

Perkara sinonim bila orang jumpa saya for the first time. Sombong! Serius ini pengakuan dari kawan kawan sekolah menengah lower form and upper form. Membawak la sampai masuk u. Tak tau la kenapa begitu. Tapi lama lama da kenal ok je kan..ye tak. Mungkin ada betul nya kot. Cepat marah, susah nak kawal emosi, suka hati nak cakap apa. Itu memang saya yang memang ikut hati sendiri je. 

Tapi tu dulu. Darah muda. Muda sangat.


Proses hidup: 

Sampai sekarang pun masih cuba baiki diri especially hati. Biasalah manusia bila terhantuk baru nak terngadah (betul ke tak ayat ni?) Perubahan terjadi bila dah kena diri sendiri. Apa yang dah  jadi akan saya kongsikan sikit dalam entri akan datang. Insya Allah.  

Kepada kawan kawan yang dah lama atau baru saya kenal, yang masih keep in touch atau tak dengan saya, saya nak mintak maaf atas kekasaran sikap dan keterlanjuran sikap saya. Saya masih berusaha keras dalam mengubah sikap dan yang utama nya hati saya. Yelah takkan nak tunggu raya baru mtk maaf kan? Tulus ikhlas dari hati saya memohon maaf. 

Sekarang ni saya cuba jadi se cool yang mungkin. Setenang yang mungkin. Masa dan pengalaman memerlukan kita untuk berubah menjadi lebih baik. Betul kata Prof Dr Muhaya, apa yang kamu beri kamu akan dapat. Ingat tu.
Maka selalu lah memberi yang baik supaya kamu dapat yang baik.





Nurul Sheila 
Perkara yang berlaku pada kamu hari ini adalah siapa kamu pada masa dahulu.
Muhasabah diri.







Mukadimah daripada orang baru

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirrahim.. 

Berdebar rasa baru first time nak berblog 
Ini entri pertama saya. Hajat nya sekadar nak berkongsi pendapat selain daripada muhasabah diri sendiri.

Semoga tetap la tujuan dan matlamat berblog ni. Okaylah kita taaruf sikit dulu la. Berumur 23 tahun dan masih mengejar cita cita yang terlalu banyak. Bekerja di petaling jaya dan berasal dari Ipoh. Mohon tunjuk ajar dan pendapat daripada blogger blogger senior untuk kita sama sama sukses. 

Setakat ini mukadimah saya. Kredit kepada kakak saya yang membantu dari jauh dalam membuat blog ni. Maklum la saya bab ni memang cetek ilmu. Serta wifi rumah abang saya dan tak dilupakan kawan kawan yang support saya.





Nurul Sheila 
Blog ini hanya sekadar pandangan peribadi saya shj. Mohon teguran daripada pembaca sekalian.
Terima kasih